Thursday, September 8, 2011

Kehilangan

Pagi ni saya baru terima berita yang amat menyedihkan kerana saya baru jer membuka blog setelah pulang bercuti dari berhari raya. Saya kehilangan akak yang bnyk membantu dalam dunia jahitan iaitu akak Norhalida Mohrim...beliau tidak lokek berkongsi ilmu. Selama saya mengenalinyer dia amat baik hati dan tak kedekut ilmu. Perwatakan lemah lembut dan baik sangat...saya amat terasa kehilangannya. Org yang baik Tuhan syg tu yg mak saya selalu kata pada saya.

Saya doakan semoga roh akak dikalangan org2 yang beriman. Ina akan sentiasa doakan untuk akak. Amin...buat keluarga arwah...tambah dan kuatlah menghadapi ujian Allah. Allah menguji sb dia tahu umatnye kuat dan redha dengan takdir...