Sunday, March 6, 2011

Di Air Terjun, Sg Gabai, Hulu Langat Selangor


Agak dekatlah juga tempat ini dengan rumahku. Aku bertolak dr rmhku di Damansara pada jam 9 pagi, 6.3.2011 memasuki Tol Mount Kiara dan DUKE menyusuri jln ke Ampang...Setiba di Jln. Ampang aku meneruskan perjalanan walaupun tak tau jalan. Aku meneruskan perjalanan hingga ke jln mati dan penghujungnyer adalah Bukit Belacan, tapi disebabkan niat nak ke Sg Gabai aku berpatah balik tanpa putus asa. Kemudian aku memasuki jln yg terdapat Carefour di sebelah kananku. Aku meneruskan perjalanan sehingga nampak sign board Sg Congkak walaupun niat nak gi Sg Gabai tapi jmp Sg Congkak suamiku kata tak aper janji kita boleh mandi...kemudian kami meneruskan perjalan berjumpa pula Look Point yg mana dimaklumkan oleh kawanku kita boleh tgk dr situ satu Kuala Lumpur. Tak lama kemudian saya jumpa pekan Hulu Langat dan terdapat signboard Sg Gabai, tak sangka jmp juga akhirnyer...

Meneruskan perjalanan dr Sg Gabai akhirnyer kami jmp IKBN, Dusun Tua, lepas tu signboard Sg Gabai. Masuk ke dalam Air Terjun Sg Gabai dr jln raya lebih kurang 2 km..jln tu agak sempit dan sunyi, 5 minit berjalan terjumpa empat buah kereta bertembung, kesian nak mandi dah terlibat acident yg saya pelik jln tu agak sempit knp diorg bawa laju saper susah kan...Akhirnyer smp ke Sg Gabai. Masuk hanya dikenakan bayaran RM 1 seorg. Aku bersama suami dan kawan baikku Norfazlina Mohamed jd RM 3 shj.

Smp shj di Air Terjun ni aku cukup teruja melihat air terjun seperti gambar di atas, tak sabar rasanyer nak mandi walaupun tak tau berenang...hehehehe...Cari tempat untuk letak makanan bersiap2 untuk mandi dgn kwn baikku sementara suamiku sarapan pagi. Airnyer sejuk dan jernih mcm dlm ais..seronok sgt berendam.

Seronok sgt mandi...lepas tu saya suruh suamiku mengambil gambar. Disebabkan tak sabar nak mandi air terjun aku bawa kamera tanpa bateri...huhuhuh...sian aku disebabkan itu gambar2 ni aku ambik kat google shj. Tapi aku berniat utk pergi mandi lagi ke sana dan juga Sg Congkak serta Lembah Pangsun mesti bestkan...Sepanjang perjalanan ke Sg Gabai aku seronok melihat pemandangan kg, disekelilingnya kelihatan indah dan aman sgt. Sejuk mata memandang mmg betul2 suasana kg. Tak jemu mataku memandang...

Apapun Air Terjun Sg Gabai, tunggu kehadiranku aku akan datang lagi...

Bercuti2 di Dalam Malaysia

Port Dickson


Setelah memikirkan ke man tempat harus ku tuju sabtu 5.3.2011 aku buat ke putusan nak pergi ke Port Dickson. Seawal jam 5 pagi aku menyiapkan semua juadah makanan untuk di bawa. Jam menunjukkan pukul 8.30 aku mengejutkan suamiku bangun tido untuk mandi di pantai...disebabkan dia kerja mlm susah betul nak bangun....

Akhirnyer tunggu punya tunggu pukul 11.30pagi baru bergerak...perjalanan mengambil masa dlm 1 jam 30 minit shj. Bertolak dr Kuala Lumpur dan exit di Tol Port Dickson. Sepanjang jln tu aku berckp smp penat suamiku melayan..itulah aku kl aku senyap pelik tu mesti ader tak kena, maklumlah nak jd peguam tak kesampaian. he3.

Setiba di PD aku menghala ke Teluk Kemang terlihat kedai di tepi Jalan berhampiran Marina resort kl tak silap Restaurant Koboi, kat situ disediakan pelbagai juadahan makanan berasaskan bakar seperti ayam panggang dan ikan panggang. Setelah kenyang aku meruskan perjalanan ke Teluk Kemang.

Setibanyer di sana tepat jam 2 ptg, matahari betul2 di tgh2 kepala ku..ooohhh panas bukan main...suamiku dah tak sabar2 nak mandi tak kira waktu tu panas terik...tanpa membuang masa dia terus mandi bersama kawan masa dia di Giatmara, Pt Sulong, En Hafinas...seronok tgk suamiku. Aku membatalkan hasrat utk mandi disebabkan terlalu panas. Dan lgpn kulit ni dah selalu rasa sejuk sb keje dlm econ  shj tu yg mengada2 dulu tak kisah semua tu pantang jmp air...heheheheh....

Apapun seronok sgt sb dapat jln2 dgn suamiku dan kwn baikku fazlina serta adikku norzalela....love u all