Wednesday, January 25, 2012

Peach Manik - Noor, Kota Damansara

Ni baju sebelum saya memanik...

Nilah manik di leher yang saya tiru dari saper tak ingat yang saya tengok di internet...

Nilah hasilnya, manik di tangan dan baju hanya berasakan manik dan pearl sahaja....

Tapi baju ni manik yg na agak soft dan tak menonjol sangat...tapi oklah kan...huhuhuh

Jahit Manik Tudung Jan/2012 - Zharif, Bandar Baru Bangi

Inilah work-in-progress serta bahan-bahan sebelum projek ini dijalankan....Pearl tu ina beli dari Azliza Beads Shop....saya beli manik yang shining2 tu beli kat Bunga reben, Jalan TAR
Nilah hasilnya manik yang ku jahit di tudung-tudung











Inilah semua hasilnya tudung yang telah ina jahit....

Wednesday, January 4, 2012

Selamat Tahun Baru

Selamat Tahun Baru 2012


           Kepada semua yang setia menempah manik di baju dan tudung pada eina, saya ucapkan ribuan terima kasih. Daripada sebahagian hobi saya menjahit juga dapat memberi pendapatan sampingan bagi saya. Walaupun saya tidak menghadiri mana-mana kelas jahitan manik atau baju, azam untuk tahun baru ni saya akan usahakan untuk mengikuti kelas-kelas tersebut bagi memahirkan lagi diri ini. Ia untuk menambahkan kemahiran serta kepuasan pada diri dan pelanggan.
           Bagi saya upah itu soal kedua tapi kepuasan pelanggan amat saya titik beratkan. Jadi kepada yang ingin mencuba hasil tangan saya bolehlah menghubungi saya di talian tertera. Tempahan melalui pos atau by hand.