Ini bahagian baju, sepatutnya banyak sikit warna putih tapi disebabkan masa beli online minta putih dibagi kuning dan stok putih tak ader jd warna hijau lebih banyak...huhuhuhu...nak wat mcm mana, nilah hasilnyer
Ini pada bahagian leher, ina cuba buat ala2 Seleksi Qrizz ngan Abd Aziz jadi inilah hasilnyer...boleh kot sb saya pun budak baru belajar jadi bolehlah macam ni kan...
Ini pula bahagian tangan, oleh kerana bawah lace yg diberi tu sangat menarik jadi ina tampal jer kat sini dan bubuh sikit2 glass pearl...inilah hasinyer....
Ini pula bahagian bawah bajunya, ina tampal juga lace yg cantik tu...tak mau buang syg sb mmg cantik...heheheh
Ini bahagian kain dari dibiarkan kosong tampal ar sikit2 lace yang cantik tu kan...dari pada biarkan kosong
Nilah baju yang dihantar oleh isteri sepupu saya, dia nak pakai baju ni untuk menghantar pengantin ke rumah pengantin lelaki. Disebabkan lace yang diberi oleh saya sangat cantik jadi saya pun buatkan jadi macam ni...